Thursday 15 August 2013

video ham




Video yang dipaparkan diatas menceritakan tentang pencabulan hak sebagai manusia yang mana terjadi di salah sebuah Negara asia(Indonesia) kes-kes seperti pembunuhan.kes pembunuhan yang melibatkan seorang isteri yang dibunuh sang suami. Si isteri bertanyakan perihal si suami berkenaan dengan seorang perempuan lalu terus dipukul oleh suami. Jiran si mati mendapati bahawa pergaduhan sering berlaku dalam keluarga si mati jadi mereka tidak hairan sekiranya terdengar pertelingkahan dalm rumah jiran mereka. Isu yang diketengahkan selain dari isu pembunuhan adalah hak untuk membela diri.di dalam rakaman bagi situasi kedua seorang ibu telah bertindak sewenang-wenangnya terhadap anak-anaknya. Walaupun mereka itu anak tetapi mereka tetap mempunyai hak sebagai manusia biasa. Hak mempertahankan diri adalah hak individu. Jadi memang wajar seorang anak mempertahankan hak mereka tetapi tidak melanggar batasan sebagai anak. situasi seterusnya pula adalah melibatkan anak-anak yang sedang meningkat remaja yang mungkin ketandusan kasih sehingga menjadikan mereka menceburkan diri ke gejala tidak sihat seperti gangsterisme.

No comments:

Post a Comment